14 Januari 2018 - 13:04
Kapal Tangki Iran Karam

Kapal tangki Iran yang terbakar selama lapan hari selepas bertembung di pesisir China karam hari ini, lapor media kerajaan dengan 30 kru masih hilang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kapal tangki Iran yang terbakar selama lapan hari selepas bertembung di pesisir China karam hari ini, lapor media kerajaan dengan 30 kru masih hilang.

Kapal tangki Sanchi membawa 136,000 tan minyak gas mentah, ia terbakar sejak bertembung dengan kapal kargo CF Crystal yang didaftar di Hong Kong pada 6 Januari lalu.

"Menurut berita terbaharu Pentadbiran Lautan Negeri, seluruh kapal Sanchi sudah karam," kata agensi berita rasmi Xinhua. - AFP